IKLAN PENAJA

MAKANAN



         Melaka terkenal dengan pelbagai makanan tradisi penduduk nya.Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah. Antaranya masakan asam pedas. Rugi kalau anda tidak menikmatinya. Dan pasti
sekali anda berkunjung ke Melaka anda akan datang lagi kerananya.

        Memang benar di Melaka kita dapat menikmati perlbagai jenis masakan hasil gabngan
kaum melayu, China, India, Baba dan Serani. diharap masakan tradisional akan
terus kekal dan diwarisi oleh anak muda. masakan nenek moyang pasti tidak akan
hilang ditelan zaman.


Asam pedas
        Asam Pedas memang terkenal di Melaka. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu Ia popular di Melaka. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga di Melaka yang mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.
Kebiasaannya bahan-bahannya terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang,ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan.
Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah empat. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan lengkuas tadi kedalam periuk sehingga naik baunya dan garing. Selepas itu masukkan air asam jawa mengikut sukatan. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan sehinggalah mendidih. Akhir sekali masukkan serai, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur atau daun limau purut.
 Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka. Ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negara juga meminati masakan asam pedas ini.


Cencaluk

          Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita lebih menyelerakan jika ia di sertakan dengan cencaluk.
  Mengikut kepercayaan lama yang menjadi kata-kata senda. kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu kini digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk.
Kini, perusahaan membuat cencaluk semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di beberapa kawasan di negeri Melaka. Kerajaan negeri sendiri sudah menetapkan kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Udang sebagai kawasan mengeluarkan cencaluk di dalam rancangan 'Satu DUN Satu Produk'.
Selain itu, cencaluk juga kini mudah diperolehi di terbuka seperti di tepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini. Bagi mereka yang melalui pesisiran kawasan Tanjung Kling ke Sungai Udang, pasti akan dapat melihat deretan gerai yang menjual cencaluk dan juga belacan.
Proses pembuatan cencaluk memerlukan ketelitian bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap apabila dimakan.
Udang geragau yang segar, iaitu tanpa direndam dengan air, akan dicampurkan dengan garam, dan sedikit nasi, iaitu sama seperti bahan- bahan untuk membuat belacan. Setelah ketiga-tiga bahan sudah menjadi sebati, ia seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri atau tempayan kecil. Pasu dan tempayan kecil itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih dan diperam selama beberapa hari. Ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan sedikit air didih nasi bagi menambah kesedapan cencaluk.
Apabila cencaluk sudah diperam dan sesuai untuk dimakan, ia boleh disedapkan lagi sewaktu dimakan sebagai lauk dengan nasi melalui dua cara:
cencaluk dicampur dengan cili dan bawang besar yang dihiris. Kemudian ia akan dicampur dengan perahan limau nipis atau limau Nipis.
cencaluk dicampurkan dengan sedikit cili  dan sehiris dua halia, kemudian digoreng dengan telur.

Belacan

      Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang  Geragau yang dimampatkan. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ia dapat membangkitkan baunya. Belacan juga merupakan salah satu bahan utama bagi menghasilkan sambal belacan.


Gula Melaka

      Gula Melaka, juga dikenali dengan nama Gula Tuak, Merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Melaka. Gula ini diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka asli berbeza dengan gula tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.
Proses membuat Gula Melaka mempunyai beberapa peringkat. Seseorang yang pakar dalam membuat Gula Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.
      Peringkat pertama ,Perlu ada bekas atau tabung serta pisau yang dikenali sebagai "penyadap" untuk mengambil nira kelapa. Setelah itu mayang kelapa dilenturkan sedikit demi sedikit dengan membalutkannya dengan daun kelapa muda. Proses ini berterusan sehingga seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah. Mayang yang dilentur dibuang seludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit untuk menggeluarkan air.Air nira ditakung ke dalam bekas atau tabung. Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah air nira daripada menjadi masam. Air nira ini dikenali sebagai "air tuak".
      Pada peringkat kedua, proses memasak Gula Melaka mengambil masa selama empat jam. Tempat memasak gula Melaka dikenali sebagai "sabak". Pada peringkat ini, pengawasan dan pengalaman adalah amat penting bagi menghasilkan gula yang baik. Api sabak mesti dijaga agar tidak terlalu besar  atau kecil ketika gula mencapai peringkat ""bunga sena" dan menjadi pekat serta mengeluarkan buih-buih yang berwap panas. Dalam peringkat ini, gula dikacau dengan perlahan-lahan. Setelah menggelegak Kancah diturunkan dan gula terus dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.
        Dalam peringkat terakhir. Gula dipastikan betul-betul pekat dan masih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi tiga inci yang tidak tertutup di kedua-dua hujung. Acuan diletakkan di atas lantai khas. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut.


Dodol
       Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan manis (manisan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, Tepung pulut, gula pasir, gula melaka.
        Pada asasnya, manisan Dodol ini diperbuat daripada Santan kelapa tua, Gula tebu dan gula melaka  serta tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 5 hingga 6 jam pada suhu tinggi. Hasilnya, fizikal Dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis. Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan sama ada dari segi warna bentuk atau rasanya.


Tapai
         Tapai ialah sejenis penganan  atau manisan yang dibuat daripada pulut. Ia sesuai di jadikan pencuci mulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap berbanding tapai ubi kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.
Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut (pilot biasa atau pulut hitam) ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus dengan daun. Kebiasaannya daun yang digunakan adalah daun pisang, getah dll.
          Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain putih. Setelah diperam dan disimpan selama beberapa hari, tapai ini akan masak dengan sendirinya dan barulah boleh dimakan.
       Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau Dalam berkeadaan kotor. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rosak. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam. Bagi wanita yang 'datang bulan' juga tidak boleh membuat tapai kerana ia akan menjejaskan kualiti tapai.
Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama.Ia hanya mengambil masa lebih kurang beberapa hari sahaja.


Makanan Baba Nyonya
         Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Bagai mana pun amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.
          Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak.
Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan kononnya untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.
          Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.



KUIH BULAN
     Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.




     Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur masin itik. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.


Inti

     Kuih bulan yang dibelah menunjukkan pes biji teratai di keliling "bulan" kuning telur (pecah berderai.Banyak jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan tradisional mengikut budaya setempat:

Pes biji teratai (蓮蓉, lían róng):
     Dianggap oleh sesetengah bahawa inti kuih bulan asal dan paling mewah, inti pes biji teratai didapati dalam semua jenis kuih bulan. Kerana harga tinggi pes teratai itu, pes kacang buncis putih adakalanya digunakan sebagai inti.

Pes kacang manis (豆沙, dòu shā):
     Sejumlah pes adalah inti biasa didapati dalam pembasuh mulut Cina. Walaupun pes kacang merah, dibuat daripada kacang azuki, adalah yang paling lazim di seluruh dunia, terdapat pilihan rantau dan asal untuk pes kacang dibuat daripadaKacang hijau serta kacang hitam diketahui sepanjang sejarah.


Lima isirong (五仁, wǔ rén):

     Satu pengisian mengandungi 5 jenis kekacang dan benih, dengan dipotong kasar dan digaulkan berserta sirap maltosa. Biasanya kekacang dan benih digunakan termasuk: walnut, benih labu, benih tembikai, kacang tanah, bijan, atau badam. Seperkara lagi, campuran biasanya akan mengandungi halwa labu air, ham jinhua, atau kepingan gula batu sebagai tambahan rasa.

Pes Taro (芋泥, yù ní):
     Satu pes manis dibuat daripada keladi, seketul ubi ditanam di banyak bahagian tropika Asia. Warna pes dalam kuih bulan adalah ungu dan adalah paling biasa dijumpai dalam kuih bulan berkerak Teochew.

Kerak
     Kuih bulan tradisional berbeza dengan meluas bergantung pada rantau di mana kuih bulan dihasilkan. Manakala kebanyakan rantau menghasilkan kuih bulan tradisional dengan banyak jenis inti, mereka biasanya hanya membuat kuih bulan mereka daripada satu jenis kerak atau satu lagi. Walaupun kuih bulan vegetarian boleh menggunakan minyak sayuran, banyak kuih bulan menggunakan lemak babi dalam resipi-resipi mereka untuk rasa lebih baik.
Terdapat beberapa jenis kerak kuih bulan digunakan dalam masakan Cina antaranya:

Liat:
     Kerak ini mempunyai satu nada coklat kemerah-merahan dan kilauan berkilat. Ia jenis kerak paling biasa digunakan pada kuih bulan gaya-Kantonis. Ia juga paling biasa jenis kuih bulan dilihat di Amerika Utara dan banyak negara barat. Kerak liat kuih bulan adalah dibuat menggunakan kombinasi sirap gula pekat, air lai, tepung, dan minyak, oleh itu memberi kerak ini rasanya yang kaya dan tekstur yang liat tetapi lembut. Kekenyalan boleh jadi kian dengan menambahkan sirap maltosa ke campuran.
     Doh juga dibakar dalam bentuk ikan atau anak babi (Kantonis: "Jue Zai Bang"; 豬仔餅; lit. "Biskut Anak Babi") dan dijual di bakeri kuih bulan sebagai satu kudapan liat. Mereka sering dibungkus secara individu dalam bakul plastik kecil, untuk melambangkan ikan ditangkap atau anak babi menuju ke jualan.

Berkelopak:
     Kulit keras berkelopak adalah tanda kuih bulan gaya-Suzhou. Doh itu adalah dibuat dengan mengolek bersama lapisan-lapisan alternatif doh berminyak dan tepung yang telah kacau goreng dalam minyak. Kerak ini mempunyai tekstur amat serupa sepertipastri berlapis.


KUIH BAKAR BERLAUK
     Kuih Bakar Berlauk merupakan sejenis kuih yang popular di Malaysia.
Kuih Bakar Berlauk menyerupai bentuk kuih cara berlauk tetapi berbeza ramuannya. Ia diperbuat dari tepung gandum dan dimasak bersama inti daging.



     Kuih Bakar Berlauk digelar sedemikian kerana ia mempunyai lauk/inti dan dimasak dengan dibakar dalam oven.
     Kuih Bakar Berlauk banyak dibuat, dan ada dijual harian secara meluas dan tidak perlu ditempah lebih awal. Kuih Bakar Berlauk kurang dikenali.tetapi banyak terdapat di Melaka terutama di waktu bulan puasa.



Mi Bandung
     Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor.


     Mee Bandung adalah masakan gandingan mi dan telur di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang.
     Ia lazimnya dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.
     Mi Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah-anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada berkaitan langsung.

2 comments: