IKLAN PENAJA

Wednesday, January 26, 2011

Bunga rasmi

Bunga kesidang

          Kesidang atau canangrium scortechinii merupakan sejenis tumbuhan kecil istimewa. Batangnya kecil tapi keras dan dahannya mengembang atas junjung yang dibina. Seluruh pokok ini mengandungi getah, daunnya hijau mirip daun sirih, rimbunannya memberi naungan kepada pokok lain yang berdekatan.
          Bentuknya dan sifatnya yang lembut menjadikan Kesidang hiasan di tempat yang terhormat. Masyarakat tradisi Melaka menjadikan Kesidang dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alatan upacara adat seperti tepak sirih dan bunga rampai. Kesidang melambangkan kesederhanaan dan peribadi masyarakat yang ramah dan sopan santun.

Kedudukan

Malaysia terletak satu hingga tujuh darjah ke utara garisan khatulistiwa. Negeri Melaka, salah satu dari empat belas negeri dalam Malaysia, terletak di Barat Daya Semenanjung Malaysia mengadap Selat Melaka bersempadan dengan Negeri Sembilan di Utara dan Johor di Selatan.


Keluasan Melaka adalah 1,650 kilometer persegi dan ianya dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
 Ibu negerinya Bandaraya Melaka.Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000.
Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya MelakaAlor GajahMasjid TanahJasinMerlimauTampin/Pulau SebangAyer Keroh dan Asahan.
Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - LisbonPortugal (16 Januari 1984), Kuala LumpurMalaysia (15 April 1989), HoornBelanda (8 November 1989), ValparaisoRepublik Chile (24 June 1991) dan NanjingChina (2001).


 Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada:
§  Bangsa Melayu: 50%
§  Bangsa Cina dan Peranakan (Baba dan Nyonya): 40%
§  Bangsa India, termasuk segolongan kecil bangsa Chitty
§  Lain-lain bangsa, termasuk bangsa Papia Kristang, iaitu bangsa Serani yang berketurunan daripada bangsa Portugis dan yang bertutur dalam bahasa Cristao(sejenis dialek Portugis yang lama).