IKLAN PENAJA

Monday, February 7, 2011

Tempat ibadat bersejarah



 Masjid Kampung Hulu
    Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina.

    Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624, penjajah Portugis telah, sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh Portugis adalah masjid yang pertama dibina di Melaka, yang kononnya terletak bertentangan dengan tapak Stadhuys sekarang.
   Pemerintah Belanda telah melantik  Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, Beliau ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.
     Penjajah Belanda juga menggalakkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, dan ciri-ciri senireka masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan di dalam senireka Masjid Kampung Hulu. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’.
     Struktur bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid, yang kemudiannya membawa kepada tiang-tiang penyokong yang lain. Walaupun senireka masjid ini dipengaruhi oleh senireka Jawa, Masjid Kampung Hulu tidak dibuat daripada kayu seperti masjid-masjid di Jawa, sebaliknya dibuat menggunakan bata dan batu. Masjid ini juga mempunyai tembok rendah yang memagarkan kawasan masjid.
      Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat.
      Masjid ini adalah antara 777 bangunan bersejarah disenaraikan oleh Archnet.






Masjid Tengkera

     Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu di Melaka.

     Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.
     Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhamad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhamad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.






Masjid Kampung Kling


     Masjid Kampong Kling di bandar Melaka merupakan salah satu daripada masjid yang tertua di negeri ini gaya rekabentuk Sumatera.Selain daripada mempunyai sebuah kubah yang konvensional, ia juga mempunyai 3 tingkat bumbung yang berbentuk seperti piramid.
Masjid ini mempunyai menara yang berlainan daripada yang biasa disaksikan, di mana strukturnya yang seperti pagoda memaparkan gabungan pengaruh arkitek Timur dan Barat. Masjid ini terletak di antara persimpangan Jalan Lekiu dan Jalan Tukang Emas.




Masjid Al-Azim

     Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Masjid ini mampu menampung jemaah seramai 10,400 orang. Tingkat atas dikhaskan untuk wanita seramai 700 orang manakala tingkat bawah boleh menampung seramai 9,700 orang jemaah lelaki. Masjid ini luas dan selesa kerana tidak diganggu oleh tiang-tiang kecil.

     Masjid Al-Azim mula dibina pada 14 Mac 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. Projek pembinaannya yang menelan belanja sebanyak RM19.5 juta itu telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 13 Julai 1990 bersamaan 20 Zulhijjah 1410 H.
    Gaya seni bina Masjid Al-Azim ini disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Rekabentuk yang mengambil kira aspek keunikan seni bina tradisi Melayu dan seni ukir Islam. Sesuai dengan keunikannya itu, ia dapat dilihat dari dua sudut luaran dan dalaman.
     Berbentuk segi empat yang disesuaikan dengan bumbung tiga tingkat yang juga sama bentuknya. Ilham ini berdasarkan bentuk masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan selaras dengan hakikat Islam itu sendiri yang terdiri dari empat unsur utama, iaitu:
  • tapaknya melambangkan syariat (Perundangan Islam);
  • tingkat pertama melambangkan tariqat (jalan mendekati Allah);
  • tingkat kedua melambangkan haqiqat (mencari kebenaran Allah); dan
  • tingkat ketiga melambangkan makrifat (mengenal Allah).
Puncaknya yang berukir-ukir digantikan dengan dom.
     Beberapa potong ayat al-Quran telah dipilih dan diukir dengan tulisan khat yang menarik. Pemilihan ayat tersebut pula disesuaikan dengan konsep dan falsafah pembinaan masjid ini.Setiap hujung tulang bumbung masjid ini terdapat sulurbayung yang melambangkan satu ciri keistimewaan terhadap keindahan senibina Melayu. Ilham terciptanya sulurbayung ini diambil dari sejenis tumbuhan liar di tepi sungai. Ia menggambarkan genggaman tangan semasa bertahhiyat.






Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi

     Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi terletak bedekatan dengan Masjid Kampung Kling di Bandar Melaka.Salah satu daripada kuil Hindu yang pertama didirikan di negeri ini. Ia dibina pada tahun 1781 di mana tanahnya telah diberi oleh Belanda.Jika anda ingin melawat kuil lama ini, ia terletak di persimpangan antara Jalan Tukang Emas dan Jalan Hang Kasturi.






Wednesday, January 26, 2011

Bunga rasmi

Bunga kesidang

          Kesidang atau canangrium scortechinii merupakan sejenis tumbuhan kecil istimewa. Batangnya kecil tapi keras dan dahannya mengembang atas junjung yang dibina. Seluruh pokok ini mengandungi getah, daunnya hijau mirip daun sirih, rimbunannya memberi naungan kepada pokok lain yang berdekatan.
          Bentuknya dan sifatnya yang lembut menjadikan Kesidang hiasan di tempat yang terhormat. Masyarakat tradisi Melaka menjadikan Kesidang dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alatan upacara adat seperti tepak sirih dan bunga rampai. Kesidang melambangkan kesederhanaan dan peribadi masyarakat yang ramah dan sopan santun.

Kedudukan

Malaysia terletak satu hingga tujuh darjah ke utara garisan khatulistiwa. Negeri Melaka, salah satu dari empat belas negeri dalam Malaysia, terletak di Barat Daya Semenanjung Malaysia mengadap Selat Melaka bersempadan dengan Negeri Sembilan di Utara dan Johor di Selatan.


Keluasan Melaka adalah 1,650 kilometer persegi dan ianya dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
 Ibu negerinya Bandaraya Melaka.Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000.
Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya MelakaAlor GajahMasjid TanahJasinMerlimauTampin/Pulau SebangAyer Keroh dan Asahan.
Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - LisbonPortugal (16 Januari 1984), Kuala LumpurMalaysia (15 April 1989), HoornBelanda (8 November 1989), ValparaisoRepublik Chile (24 June 1991) dan NanjingChina (2001).


 Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada:
§  Bangsa Melayu: 50%
§  Bangsa Cina dan Peranakan (Baba dan Nyonya): 40%
§  Bangsa India, termasuk segolongan kecil bangsa Chitty
§  Lain-lain bangsa, termasuk bangsa Papia Kristang, iaitu bangsa Serani yang berketurunan daripada bangsa Portugis dan yang bertutur dalam bahasa Cristao(sejenis dialek Portugis yang lama).